Tuesday, December 11, 2012

"ERTI HIDUP PADA MEMBERI"




Salam semua, baru je ada masa nak bace buku “Aku Terima Nikahnya” huhu…erm baru beberapa bab je..terdetik nak kongsi satu tajuk ni iaitu Tujuan Berumah Tangga dibawah tajuk ini lah tercetusnya “Erti Hidup Pada Memberi” banyak sangat maksud untuk penyataan tu kan…kite tengok dari sudut perkahwinan…

mengikut kata-kata ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam buku ini….

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan saya dalam sebuah rumah tangga. Dan sekirannya saya menerima apa-apa kebaikan daripada isteri , semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior di Belfast. “ Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terima lah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangan nya diredhai,” kata Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.
Huh…mendalam kan ayat di atas..baru terdetik dalam hati..kita kadang-kadang nak orang beri macam-macam kat kita perhatian, hadiah, kasih sayang, semua la..tapi adakah kita pon memberi jugak …tak kisah lah sesiapa pun, ibu bapa, suami, adik, kawan..semua la..manis nya erti hidup dalam memberi kan..jom la kita sama-sama banyak kan memberi dari menerima..orang beri sikit kita beri lagi banyak..orang beri banyak, kita beri bertambah-tambah banyak nya..seronok taw kalau kita beri dan orang yang menerima pon seronok..rase puas hati je.. ok nanti saya kongsi lagi cerita lain ye..


***puas hati dengan buku ni~baru bace sikit je..mula-mula macam bosan nak bace..tapi bila dah start bace..ade di selitkan point-point yang menarik..memang tak sabar nak habis kan..nak tahu macam-macam lagi maklumat yang saya tak tahu pasal alam perkahwinan...


Penulis buku ni ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik laman web Saifulislam.com. Harga buku Aku Terima Nikahnya edisi istimewa. RM 55 Semenanjung. RM57 Sabah & Sarawak.


No comments:

Post a Comment